Ikhlaskah Perkenalan Kita?
Monday, March 26th, 2007Ikhlaskah perkenalan itu wahai temanku? Ikhlaskah pertemuan itu wahai temanku? Andai perkenalan dan pertemuan itu tidak seperti yang kau harapkan…Masihkah engkau mahu menjadi sahabatku?
Andai rupa menjadi pilihan, aku bukanlah orangnya,
Andai sifat menjadi pilihan, biarlah aku menjadi orang pertama menghulur tangan….menyambut dikau kala jatuh, menghulur sapu tangan buat menyapu si air mata….
Biarlah ikhlas itu menjadi taruhan perkenalan kita…. Biarlah niat itu menjadi benteng persahabatan kita…
Jika tidak, izinkan aku berlalu pergi kerana aku juga seperti mu, manusia biasa yang tak punya apa-apa….hanya kepincangan hidup di dunia ini.